Posts

Showing posts from November, 2009

The Great Architect.

Image
The Great Architect, dajal telah dikurniakan ilmu yang tinggi oleh Allah. Tetapi dia telah mengambil keputusan untuk menentang penciptanya sendiri dan bersetongkol dengan Azazil. Sepanjang peradaban manusia, dia telah meninggalkan tanda-tanda kehadirannya dan salah satu tanda yang ditinggalkannya ialah binaan agung yang begitu tinggi kejuruteraannya. Taman tergantung Babylon, piramid, Tembok Besar China, Stonehedge semuanya adalah ilham si genius ini. Sebelum ini saya sudah mengulas tentang binaan Piramid dan Obelisk. Sila rujuk artikel saya sebelumnya untuk mengetahui tentang asas-asas binaan dajal di seluruh dunia yang dibina untuk menyambut kedatangannya dengan kaedah pengumpulan dan pengaliran tenaga negatif terus ke langit. Piramid, Obelisk itu adalah antara cara pengumpulan tenaga, dan tenaga yang disalurkan ialah tenaga negatif. Konsep yang sama juga digunakan di Masjid iaitu kubah. Kubah juga adalah salah satu binaan yang cukup baik untuk mengalirkan tenaga, dan tenaga yang dia